Kaunseling dan Pengurusan Hutang

Apakah itu kaunseling dan pengurusan hutang?

Kaunseling dan pengurusan hutang ialah perkhidmatan yang membantu pengguna, sama ada individu dan perniagaan kecil, mengurus kewangan apabila berdepan masalah hutang. Melalui perkhidmatan ini, pengguna dibimbing untuk memahami keadaan kewangan mereka dan menyusun penyelesaian hutang mengikut kemampuan sebenar masing-masing.

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Hutang membantu melalui nasihat kewangan dan rundingan dengan pemberi kredit bagi mencari penyelesaian yang lebih terurus dan realistik. Agensi ini tidak memberi pinjaman, tidak membeli hutang dan tidak bertindak sebagai pengutip hutang. Fokus agensi tersebut adalah membantu pengguna mengurus hutang sedia ada melalui pelan penyelesaian yang dipersetujui bersama semua pihak agar bayaran balik dapat dibuat secara konsisten.

Apa Anda Perlu Tahu

01

Bukan pinjaman atau pinjaman semula

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Hutang tidak menawarkan pinjaman wang. Sebaliknya, agensi ini berunding dengan pemberi kredit untuk menyusun semula atau menjadualkan semula hutang sedia ada.

02

Sesi kaunseling

Manfaatkan sesi kaunseling untuk bantuan nasihat dan menilai kedudukan kewangan. Bersedia untuk mengubah dan perbaiki tabiat kewangan bagi mengelakkan masalah hutang berulang pada masa hadapan.

03

Ketelusan maklumat

Pengguna perlu jujur dalam memberikan maklumat kewangan yang telus dan tepat mengenai semua hutang dan pendapatan semasa permohonan.

04

Komitmen disiplin

Pengguna perlu mematuhi jadual bayaran balik bulanan yang telah disusun semula dan dipersetujui melalui program pengurusan kredit.

05

Sediakan dokumen

Kumpul semua penyata pinjaman, maklumat pendapatan dan senaraikan perbelanjaan bulanan.

Kesimpulan Ringkas

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Hutang membantu pengguna mengurus kewangan apabila berdepan masalah hutang. Agensi ini memainkan peranan dalam memupuk literasi kewangan dan membantu pengguna mengawal semula kewangan mereka dengan lebih berkesan.

Pihak agensi tidak memberi pinjaman atau memungut hutang. Sebaliknya, mereka menawarkan pelan penyelesaian hutang yang dipersetujui semua pihak supaya bayaran balik dibuat secara konsisten dan mampan.

Lindung dan Perkasa
SKP merupakan pihak berkuasa berwibawa yang ditubuhkan di bawah Akta Kredit Pengguna 2025 untuk melindungi pengguna kredit dengan mengawal selia perniagaan kredit konvensional dan patuh Shariah, serta perniagaan perkhidmatan kredit di Malaysia.

© 2026 Hak Cipta Terpelihara. Suruhanjaya Kredit Pengguna.


Ooops!
Generic Popup2